Perkhidmatan
Pembuatan splin khas untuk anggota badan atas dan bawah
Splint merupakan sejenis alatan yang biasanya digunakan untuk memudahkan penyembuhan setelah kecederaan ataupun pembedahan. Splint boleh mengehadkan pergerakan dan melindungi sendi yang menyakitkan,memberikan kestabilan untuk menyokong dan menggalakkan pergerakan sendi. Setiap splint dibuat berdasarkan anggota badan individu dan tahap pemulihan yang diperlukan.
Penilaian fungsi anggota atas badan
Penilaian fungsi anggota atas badan dilakukan untuk menilai kemampuan fizikal seseorang individu dalam menjalankan kegiatan aktiviti harian. Penilaian ini termasuk pergerakan sendi,kekuatan otot dan pelbagai aktiviti. Penilaian ini akan memudahkan ahli terapi cara kerja merancang program pemulihan yang paling sesuai.
Mobilisasi & pengukuhan
Kekejangan sendi dan kelemahan otot merupakan masalah yang biasa dihadapi selepas kecederaan atau pembedahan. Ahli terapi cara kerja akan mengikut situasi seseorang pesakit untuk menentukan program rawatan peribadi yang paling sesuai bagi menangani isu tersebut agar pesakit dapat pulih dan mampu menjalankan kegiatan aktiviti seharian.
Pendidikan semula penyahpekaan dan deria
Kecederaan atau pembedahan mungkin akan menjejaskan sensasi tangan dan anggota badan atas (seperti hipersensitiviti/penurunan sensitiviti/gangguan sensasi). Teknik desensitisasi dapat dijalankan secara perlahan-lahan agar kawasan hipersensitif dapat kembali ke tahap normal. Teknik rehabilitasi sensasi dilakukan dengan cara rangsangan deria terhadap kawasan yang mengalami gangguan sensasi agar dapat memulihkan kepekaannya.
Pengurusan parut
Pembentukan parut merupakan suatu fenomena normal dalam proses penyembuhan luka setelah kecederaan atau pembedahan. Setiap individu akan membentuk jenis parut yang berbeza-beza, ia boleh menjadi parut hipersensitif, parut hipertrofik ataupun keloid. Pengurusan parut bertujuan untuk melembutkan parut agarnya kembali menjadi rata,licin dan fleksibel supayanya tidak menyebabkan kesakitan dan gangguan dalam menjalankan kegiatan aktiviti harian.
Pengurusan kesakitan
Kesakitan merupakan sejenis pengalaman deria dan emosi yang tidak menyenangkan hati.Kesakitan akut ataupun kesakitan kronik boleh mempengaruhi kemampuan seseorang dalam menjalankan kegiatan aktiviti harian.Pengurusan kesakitan bertujuan untuk melegakan kesakitan pesakit, mengoptimumkan prestasi kerja dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Nasihat modifikasi perlindungan dan aktiviti sendi
Sendi kita sentiasa mengalami tekanan atau berada dalam keadaan tegang apabila kita menjalankan aktiviti seharian.Lama-kelamaan, situasi ini akan menyakitkan sendi kita lalu menjejaskan kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti seharian. Teknik perlindungan sendi bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang bertumpu pada sendi, mengurangkan kesakitan dan mencegah kerosakan sendi apabila menjalankan aktiviti seharian. Teknik ini harus diaplikasikan dengan mengubah cara gerakan badan kita dalam menjalankan aktiviti seharian agar sendi kita dapat dilindungi dengan lebih baik.