Xiu Juan memperoleh diploma dalam Terapi Pekerjaan dari Politeknik Nanyang pada tahun 2006 dan beliau merupakan lulusan University of Sydney dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Terapi Pekerjaan) pada tahun berikutnya. Beliau memiliki pengalaman kerja di pelbagai sektor awam dan swasta, juga dengan pelbagai kelompok pesakit sama ada para pesakit yang mempunyai masalah saraf atau memerlukan terapi tangan.
Xiu Juan mempercayai pemerkasaan para pesakit boleh dilakukan melalui penyebaran ilmu pengetahuan tentang terapi yang sedang mereka jalani supaya kesan terapi melebihi keadaan klinikal. Sebagai seorang ahli terapi pekerjaan, beliau mendapati bahawa tugas beliau yang paling bermakna apabila dapat memudahkan para pesakitnya untuk kembali merasai betapa bernilainya hidup mereka seperti sebelum ini.