Andrew memperoleh Diploma Terapi Pekerjaan dari Politeknik Nanyang pada tahun 2000 dan mula mengamalkan ilmu tersebut di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura pada tahun yang sama. Semasa masih dalam latihan dari tahun 2003 hingga 2004, beliau berjaya menamatkan Sarjana Muda Sains Terapi Pekerjaan (dengan cemerlang) dari Curtin University, Australia. Andrew juga memenangi Anugerah CRS Australia untuk Pencapaian Akademik Tertinggi dalam Ergonomik & Kesihatan Pekerjaan.
Semasa berkhidmat di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura sebagai seorang Ahli Terapi Pekerjaan Kanan dari tahun 2000 hingga 2006, Andrew turut memegang peranan tambahan sebagai Penyelia Bersama untuk Pembantu Terapi di samping portfolio beliau sebagai Pemimpin Kumpulan Kerja Pengurusan Terapi Tangan & Kesakitan Myofascial. Beliau juga memainkan peranan penting dengan bekerjasama sesama ahli terapi dalam merintis laluan kerjaya yang lebih cemerlang untuk Pembantu Terapi.
Pada tahun 2004, Andrew dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Emas). Kejayaan beliau tidak terhenti di situ sahaja apabila menerima anugerah perkhidmatan selama 5 tahun pada tahun 2006. Dalam tempoh yang sama, beliau juga memperoleh sijil dalam Urutan Sukan tahap 1 daripada Majlis Sukan Singapura (SSC), teknik pelepasan myofascial untuk rawatan sakit myofascial tahap 1 hingga 3, teknik imbangan sakral kranial dan kebolehgerakan servikal (Stanford Educational Group Australia - Singapura) dan pengamal tahap 1 untuk Balut Bidai Kinesio (Singapura).
Minat klinikal beliau adalah dalam pemulihan keadaan anggota badan atas, terutamanya sindrom tekanan saraf anggota badan atas dengan/tanpa masalah berkaitan pleksus servikal dan pleksus brakial. Bidang lain termasuk sindrom kesakitan kuadran atas myofascial yang sering mempengaruhi fungsi anggota badan atas serta peranan dan kepentingan teknik pengurusan kesakitan dalam mengatasi masalah pemulihan dan kehiperpekaan.
Minat Andrew yang lain adalah termasuk beriadah dengan berbasikal, mencuba pelbagai makanan dengan keluarga, memetik gitar, menulis, membaca dan mendengar lagu-lagu gospel dan lagu Kantonis/Cina lama. Beliau juga terlibat secara aktif di gereja dan kementerian golongan belia Cina.